Because living is fighting, we are your friend, always there all the time.

Kerajaan masih kaji cadangan guna kad perubatan

26 February 2011

KUALA LUMPUR Masih terlalu awal untuk kerajaan memberi kata putus mengenai cadangan penggunaan kad perubatan bag! rakyat di negara ini.


ROSNAH (tengah) merasmikan buku Juma/Saya sambil disaksikan oleh Ng (kiri) di Petaling Jaya semalam.

Timbalan Menteri Kesi-hatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, cadangan penggunaan kad tersebut masih dalam peringkat kajian dan kementerian perlu melihat maklum balas daripada orang ramai mengenai penggunaan kad berkenaan terlebih dahulu.

"Kita (kerajaan) perlukan model dan maklum balas rakyat, perkara ini tidak boleh dibuat terburuburu," jelasnya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Beliau sebelum itu hadir merasmikan buku Jurnal Saya edisi kedua yang diterbitkan oleh Pakar Perunding Onkologi sebuah hospital, Dr. Chistina Ng yang juga Presiden Persatuan Sokongan Kansor Malaysia.

Buku Jurnal Saya, diter-bitkan dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil itu mengandungi maklumat yang diperlukan bagi pesakit barah selain membantu bekas pesakit rnengatur diari rawatan mereka.

Mengulas lanjut, Rosnah berkata, kerajaan juga masih meneliti model yang di-gunakan oleh negara maju lain seperti United Kingdom mengenai pengguna kad perubatan tersebut.

"Jadi jika kerajaan ingin laksanakan kad berkenaan, kita (kerajaan) perlu ada model sendiri dan sudah dipastikan adalah merupakan model yang terbaik untuk rakyat," jelasnya.

Sebelum ini kementerian itu pernah mengutarakan cadangan menyediakan kad perubatan bagi seluruh rakyat untuk berurusan di hos­pital kerajaan seperti yang dilakukan di negara negara maju.

Kata Rosnah lagi, kementerian perlukan masa untuk melihat kebaikan pengguna­an kad tersebut kepada rakyat dan kerajaan tidak akan terburu-buru mevvajibkan penggunaannya bagi memastikan semua pihak berpuas hati.