Because living is fighting, we are your friend, always there all the time.

Projek Saringan Barah Usus Besar 2013

28hb April & 19hb Mei 2013
Setapak

Barah usus besar adalah barah yang paling kerap menimpa lelaki dan kedua kerap dikalangan wanita di Malaysia. Ia merupakan salah satu sebab tertinggi kematian akibat barah di dunia. Walaupun saringan barah usus besar merupakan satu praktis tetap di negara-negara maju, ianya belum lagi di lakukan di banyak negara-negara yang sedang membangun. Usaha-usaha kebangsaan yang awal seperti Australian Task Force dan UK Colorectal Cancer Screening Project telah merekodkan kekurangan dalam kematian melalui perlaksanan ujian faecal occult blood.

Rakyat Malaysia yang hidup dalam komuniti yang kesempitan menghadapi keperluan-keperluan harian yang tidak dapat dipenuhi. EMPOWERED - The Cancer Advocacy Society of Malaysia memiliki pengalaman mendalam tentang ketidakfahaman mereka tentang barah, gejalanya dan akibatnya yang boleh membawa maut sekiranya tidak di kesani terlebih awal. Usaha-usaha EMPOWERED yang tidak berhenti-henti untuk menangani masalah ini dalam komuniti yang miskin sejak 2010 di tingkatkan oleh kehidupan-kehidupan yang telah diselamatkan melalui perlaksanaan program pengesanan awal dan rawatan untuk barah usus besar. Hari ini, Projek Saringan dan Rawatan Barah Usus Besar EMPOWERED akan menjangkau 10,000 rakyat Malaysia yang hidup di dalam komuniti miskin di Setapak, Kuala Lumpur.

Sejak 2010, usaha-usaha EMPOWERED yang tidak berhenti-henti untuk melaksanakan saringan barah usus besar yang penting serta program-program rawatan telah mencapai hampir 50,000 rumah rakyat Malaysia yang miskin. Tahun ini, projek pelan tindakan ini telah di sesuaikan terlebih lanjut untuk menggalakkan respon maksima oleh penduduk-penduduk yang tinggal di komuniti sasaran EMPOWERED di Setapak. EMPOWERED bekerja dengan rapat dengan pemimpin-pemimpin komuniti di Setapak untuk melaksanakan projek ini dalam 4 fasa.

Fasa 1 – Pra- Pemilihan & Bengkel Kesedaran

Pra-Pemilihan

  • EMPOWERED bekerjasama dengan ketua-ketua komuniti untuk menjalankan kajian demografik yang bertujuan untuk mengidentifikasi bilangan individu yang menghadapi risiko mengidap barah usus besar dalam komuniti sasaran.

Bengkel Kesedaran

  • Bengkel kesedaran dijalankan untuk meninggikan kesedaran tentang barah usus besar melalui sesi pendidikan tentang barah usus besar, pemakanan dan corak kehidupan yang sihat.

Fasa 2 – Bengkel Saringan

  • Bengkel saringan akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Penduduk-penduduk komuniti itu akan didaftarkan dan diajar bagaimana untuk menggunakan alat ujian faecal immunohistochemical (FIT). Dalam kajian-kajian baru, FIT telah menunjukkan mempunyai kadar pengesanan yang lebih tinggi untuk luka kolon yang tinggi berbanding dengan ujian berasaskan guaiac dengan kutipan sampel yang lebih senang dan kadar pematuhan pesakit yang lebih baik.

Fasa 3 – Kutipan Alat-Alat Ujian FIT yang Sudah Digunakan

Kutipan Sampel Najis Di Rumah

Penduduk-penduduk komuniti diberi 2 hari untuk mengutip sampel najis mereka dengan menggunakan alat FIT di rumah.

Kutipan Alat FIT

  • Alat-alat FIT yang telah digunakan akan di kembalikan oleh penduduk-penduduk yang terlibat di stesen lokasi yang ditetapkan dalam komuniti mereka. Alat-alat FIT akan dikutip dan dihantar ke Sunway Medical Center.

Fasa 4 – Program Sokongan Pesakit

Kaunseling dan Temujanji-Temujanji Hospital

  • Jururarawat enterostomal sukarelawan kami akan menyampaikan berita kepada penduduk-penduduk yang terlibat, di dalam rumah mereka sendiri tentang penemuan positif darah di dalam najis mereka.
  • Temujanji di Hospital Selayang untuk kolonoskopi akan di uruskan untuk penduduk-penduduk ini.
  • Jagaan perubatan yang sesuai diuruskan untuk semua kondisi yang disahkan, termasuk barah.
  • Urusan pengangkutan ke semua temujanji hospital diberi kepada penduduk-penduduk ini,
  • Mekanisma sokongan besar-besaran di letakkan untuk membekalkan benefisiari- benefisiari dengan sokongan emosi dan moral sepanjang perjalanan perubatan mereka.

Dr Christina Ng, Pengasas dan Presiden, serta Perunding Perubatan Onkologi adalah ilham projek ini. Dia berkongsi, “Dalam 3 tahun sebelum ini, kami telah melihat peningkatan besar dalam kadar pemulangan alat FIT yang telah digunakan dari 66% pada tahun 2010 kepada 85% pada tahun 2012 oleh subjek-subjek kami yang terlibat. Saya rasa ini adalah kerana usaha EMPOWERED yang berterusan untuk menjadikan program ini disesuaikan dan bersifat peribadi untuk benefisiari-benefisiari kami berasaskan pengajaran-pengajaran dari kempen-kempen tahunan kami.

Kadar pematuhan kepada penilaian kolonoskopik untuk subjek-subjek kami yang didapati mempunyai darah dalam najis tetap tinggi pada 90% setiap tahun.” Tambahnya,” Lebih kurang 7-8% dari setiap populasi yang terlibat dalam program itu diuji positif untuk darah occult dalam najis dan 1-2% dari subjek disahkan mengidap barah usus besar asimtomatik tahap 1 ke 2. Mereka yang disahkan dengan ketumbuhan pra-barah menjalani prosedur terapeutik endoskopik dan kemudiannya di letakkan dibawah program pengawasan perubatan.”

Dr Ng juga menerangkan,” Adalah menarik apabila melihat bahawa walaupun orang-orang Melayu yang merupakan bangsa kumpulan terbesar dalam populasi kami yang disaringi, subjek-subjek berbangsa Cinalah yang mempunyai kemungkinan mempunyai darah yang dikesani melalui alat FIT dan mempunyai lebih kemungkinan patologi yang signifikan yang terjumpa semasa penilaian kolonoskopik termasuk barah berbanding dengan subjek-subjek dari kumpulan bangsa yang lain.”

Usaha-usaha EMPOWERED yang berterusan membolehkan rakyat Malaysia yang kesempitan membuat perubahan kesihatan yang penting dalam kehidupan mereka diterima dengan baik. Encik Tan Chu Tea, bekas pesakit barah usus besar dan benefisiari kempen saringan EMPOWERED pada November 2011, berkongsi kesaksiannya pada acara pembukaan di Setapak. Apabila ia bercakap tentang perjalanannya yang tabah melalui barah, Encik Tan juga berkata, “Saya begitu bersyukur kepada EMPOWERED kerana mengadakan program ini dalam komuniti kami. Saya tidak pernah menjumpai mana-mana organisasi amal yang begitu prihatin dan berdedikasi membantu orang-orang miskin dengan membekalkan mereka saringan barah usus besar dan kemudiannya membuat urusan untuk menghantar mereka ke hospital kerajaan untuk kolonoskopi dan rawatan seterusnya. EMPOWERED juga menanggung semua perbelanjaan dan bayaran hospital. Untuk ini saya mahu berkata terimakasih banyak-banyak, EMPOWERED.”

Dr Ng mengakui bahawa sokongan rakan korporat begitu kritikal kepada pembentukan usaha-usaha yang penting ini. “Projek-projek jangkauan kami seperti ini adalah penting untuk kesejahteraan komuniti. Sebagai satu organisasi, kami bangga untuk membiayai satu usaha yang membuka akses kepada semua rakyat Malaysia kepada pendidikan, informasi dan sokongan penuh penyakit untuk penyakit yang mengerikan seperti barah.” kata Encik C.M. Phang, Pegawai Operasi dari Scientex Foundation yang merupakan penaja utama Projek Saringan dan Rawatan Barah Usus Besar EMPOWERED 2013.

Photo Gallery

Testimonials

Click here to read testimonials from the beneficiaries & volunteers for this event.

News

Our Partners

  • Persatuan Pemilik Taman Setapak Indah Jaya
  • Perbadanan Pengurusan Teratai Mewah
  • Alere Health Sdn Bhd
  • Hospital Selayang
  • Sunway Medical Centre
  • Malaysia Enterostomal Therapy Nurses Association
  • The Association of Spouses of Heads of Diplomatic Missions (SOHOM)
  • Community Service Club of International Medical University Malaysia

Main Sponsor

  • Scientex Foundation

Our Sponsors

  • Astra Zeneca Sdn Bhd
  • BlueScope Steel (M) Sdn Bhd
  • Federal Oats Malaysia
  • Gardenia KL Bakeries (KL) Sdn Bhd
  • Golden Arches Restaurants Sdn Bhd
  • Hovid Berhad
  • Kyowa Kirin
  • Lions Club PJ Metro
  • Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd
  • L & R Manufacturing
  • Malayan Flour Mills Berhad
  • Merck Serono
  • Prudential Assurance (M) Bhd
  • Roche (Malaysia) Sdn Bhd
  • Sanofi Aventis
  • Serba Wangi (KL) Sdn Bhd
  • Top Glove Foundation
  • Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd